Friday, November 6, 2009

TUGASAN 3: REPORT KOLOKIUM

TAJUK PEMBENTANGAN:

MENINGKATKAN PENGUASAAN HURUF HIJAIYYAH DENGAN MENGGUNAKAN PENDEKATAN TALAQQI (BERHADAPAN DENGAN GURU) BAGI PELAJAR BERMASALAH PENDENGARAN TINGKATAN LIMA SMPK VOKASIONAL SHAH ALAM (P)

NAMA PEMBENTANG : ASPARILA BT CHE MAT (P48577)

: NAWAL BT SAMSUDIN (P48717)
: NOR AFSAH BT MD NOOR (P48575)
SEKOLAH : SMPK Vokasional Shah Alam (P).


BILIK : BILIK PERDANA A



PERNYATAAN MASALAH


Pembentang telah mengariskan tujuan kajian iaitu untuk meningkatkan tahap penguasaan huruf hijaiyyah dikalangan pelajar.

OBJEKTIF

Pembentang telah mengariskan objektif kajian mereka kepada 2 bahagian:

OBJEKTIF UMUM:
• Meningkatkan penguasaan pelajar tingkatan 5 dalam mengenal huruf hijaiyyah.

OBJEKTIF KHUSUS:
• Untuk menarik minat pelajar tingkatan 5 dalam mengenal huruf hijaiyyah.
• Untuk meningkatkan kemahiran mengingat huruf hijaiyyah dikalangan pelajar.


PERSOALAN KAJIAN

Persoalan kajian yang ditimbulkan adalah:
• Adakah pendekatan talaqqi yang digunakan akan meningkatkan penguasaan huruf hijaiyyah di kalangan pelajar?

• Bilakah kajian ini dijalankan terhadap pelajar?

• Adakah pendekatan talaqqi yang digunakan sesuai untuk semua pelajar?
berinteraksi semasa P&P?
• Adakah pendekatan talaqqi yang digunakan dapat membantu pelajar mengingat dengan mudah?

METODOLOGI

Pembentang mengambil 15 orang pelajar masalah pendengaran tingkatan 5 di Sekolah Menengah Pendidikan Khas Vokasional (P) Shah Alam sebagai sampel kajian. Kajian dilakukan semasa sesi pembelajaran dan pengajaran di dalam bilik darjah dan luar bilik darjah.


Pembentang menggunakan 4 cara iaitu :
-pemerhatian
-rakaman video
-ujian formatik
-temubual



PENGUMPULAN DATA


Pembentang telah menggunakan 4 cara pengumpulan data iaitu:
pemerhatian
- pemerhatian dilakukan pengkaji sepanjang sesi pengajaran dijalankan.

Rakaman video

– reaksi dan penglibatan pelajar semasa sepanjang sesi pengajaran secara ramai dan berhadapan dengan guru dirakamkan.

Ujian formatif

– ujian diberi untuk menilai penghafalan dan penguasaan pelajar terhadap huruf hijaiyyah.

temubual

– temubual kepada guru yang mengajar menggunakan kaedah ini.


ANALISIS DAN DAPATAN DATA
Dapatan data boelh dibahagikan kepada 2 iaitu :
1. Data kualitatif (pemerhatian,rakaman video dan temubual)
2. Data kuantitatif (ujian formatif)

DATA KUALITATIF
Pemerhatian

–Pelajar kurang memberi respon atau tindakbalas dalam proses pengajaran dan pembelajaran semasa diperkenalkan pendekatan kuliah pada kitaran pertama

–Sebaliknya pada kitaran kedua, mereka lebih memberi tumpuan dan tindakbalas yang positif apabila diperkenalkan pendekatan talaqqi.


Rakaman video

–Semasa berlangsungnya pendekatan kuliah, pengkaji mendapati para pelajar kurang memberi perhatian dan sering meminta untuk keluar kelas semasa berlangsungnya sesi pengajaran, malah terdapat juga pelajar yang ponteng kelas.


–Selepas diperkenalkan pendekatan talaqqi, pengkaji dapat memberi lebih perhatian terhadap individu dalam kumpulan, pelajar juga lebih berminat dan menunjukkan respon yang positif terhadap pengajaran


Temubual

–respon yang positif dari guru yang mengajar Pendidikan Islam terhadap penguasaan jawi dikalangan 15 orang pelajar selepas diperkenalkan pendekatan talaqqi.


DATA KUANTITATIF
Ujian formatif

– Pengkaji mendapati proses pengajaran dan pembelajaran melalui pendekatan talaqqi yang diperkenalkan kepada pelajar telah memberi kesan yang positif. Ini dapat dilihat melalui analisis pencapaian ujian formatif sebelum dan selepas diperkenalkan pendekatan talaqqi.

IMPLIKASI KAJIAN
Daripada dapatan kajian yang dijalankan, kaedah pengajaran secara Talaqqi ini dapat meningkatkan menguasaan pelajar dalam huruf Hijaiyyah. Pelajar juga lebih berminat dan pembelajaran P&P menjadi seronok dan tidak membosankan.

0 comments: