Friday, December 11, 2009

Aktiviti 7: Tugasan 4 – KT mini

Aktiviti 7: Tugasan 4 – KT mini

1. Pengalaman/refleksi individu.
sains- hasmee

i. Pengajaran berpusatkan guru, dimana guru membimbing pelajar dari awal pengajaran sehingga ke akhir pengajaran
ii. Pengajaran berpusatkan buku teks, dimana guru menggunakan buku teks semata-semata sebagai rujukan dan pelajar mendapatkan maklumat dari buku teks.
iii. Pengajaran menggunakan papan hitam dan kertas mahjong sebagai bahan bantu menggajar.

Kelemahan
-Pelajar tidak berpeluang menunjukkan potensi dan kebolehan apabila hanya mengikut sahaja apa yang ditunjukkan oleh guru.
-Pelajar juga tidak boleh mengembangkan ilmu pengetahuan kerana hanya terikat kepada buku teks semata-mata berbanding meneroka maklumat lain melalui internet, blog, artikel dan sebagainya.
-Pengajaran juga membosankan kerana hanya menggunakan bahan bantu mengajar yang tidak menarik.
-Pengajaran juga hanya melibatkan sebilangan kecil pelajar yang aktif sahaja dan pelajar yang pasif tidak melibatkan diri sepenuhnya di dalam bilik darjah.

Bahasa Melayu - Sofia

i. Guru lebih berpusatkan bahan dan lebih memberi perhatian terhadap tajuk yang ingin diajar
berbanding kemahiran lain seperti kemahiran komunikasi.
ii. Teknik penerangan/kuliah menjadikan pengajaran sebagai berpusatkan guru.
iii. Penyebatian KBKK tidak dilaksanakan dalam P&P dan penglibatan pelajar adalah kurang.
Perdagangan - Kala

i. Pelajar berasa bosan dan mula tidak memberi perhatian pada proses P&P contohnya kaedah syarahan akan merendahkan semangat pelajar untuk belajar.
ii. Tiada interaksi antara pelajar dalam bilik darjah menyebabkan berlaku jurang antara pelajar yang biasanya terdiri daripada pelbagai jenis bangsa.
iii. Guru akan sukar untuk mengawal kelas

0 comments: