Sunday, December 5, 2010

ULASAN BUKU ACTION RESEARCH

PARTICIPATORY ACTION RESEARCH FOR EDUCATIONAL LEADERSHIP

(USING DATA-DRIVEN DECISION MAKING TO IMPROVE SCHOOLS)

BY: E. ALANA JAMES (JONES INTERNATIONAL UNIVERSITY)

MARGARET T. MILENKIEWICZ

ALAN BUCKNAM (NOTCHCODE CREATIVE)

Buku ini menggunakan model PAR untuk action research. PAR merujuk kepada Participatory Action Reseacrh. Model PAR ini mempunyai 4 langkah utama iaitu:

PENGUMPULAN DATA

Terdapat 2 jenis pengumpulan data iaitu:

  1. Secara kualitatif

  2. Secara kuantitatif

DATA KUALITATIF

Data kualitatif dikumpulkan secara:

  1. Temubual secara langsung

  • Dalam kaedah ini pengkaji boleh menggunakan pelbagai teknik menyoal. Masa temubual bagi seorang individu adalah diantara 30-45 minit.

  1. Focus group

  • Kaedah ini menggunakan temubual secara berkumpulan. Kaedah yang digunakan sama seperti temubual secara langsung.

  1. Refleksi Jurnal

  • Data diperolehi melalui penulisan jurnal. Jurnal ini melibatkan kajian yang dilakukan dan penerimaan sampel terhadap kajian yang dilakukan oleh pengkaji.

  1. Pemerhatian

  • Pemerhatian ini melibatkan tingkah laku, penglibatan, mimik muka dan gerak tubuh sampel semasa kajian dijalankan.

  1. Hasil kerja

  • Data ini dikumpulkan dengan melihat hasil kerja yang dilakukan oleh sampel.

PROSES PENGUMPULAN DATA KUALITATIF

Proses pengumpulan data kualitatif boleh diringkaskan sebagai:

DATA KUANTITATIF

Data kuantitatif dikumpulkan secara:

  1. Pemerhatian

  2. Soalan dan survey

  3. Samples

  4. Time series

  5. Ujian pra dan post


Analisis data kuantitatif boleh dibuat melalui:

  1. Standard Deviation

  2. T-test

  3. Correlation

  4. Frequencies

  5. Percentages and mean

  6. Survey analysis




Friday, December 11, 2009

Aktiviti 7: Tugasan 4 – KT mini

Aktiviti 7: Tugasan 4 – KT mini

1. Pengalaman/refleksi individu.
sains- hasmee

i. Pengajaran berpusatkan guru, dimana guru membimbing pelajar dari awal pengajaran sehingga ke akhir pengajaran
ii. Pengajaran berpusatkan buku teks, dimana guru menggunakan buku teks semata-semata sebagai rujukan dan pelajar mendapatkan maklumat dari buku teks.
iii. Pengajaran menggunakan papan hitam dan kertas mahjong sebagai bahan bantu menggajar.

Kelemahan
-Pelajar tidak berpeluang menunjukkan potensi dan kebolehan apabila hanya mengikut sahaja apa yang ditunjukkan oleh guru.
-Pelajar juga tidak boleh mengembangkan ilmu pengetahuan kerana hanya terikat kepada buku teks semata-mata berbanding meneroka maklumat lain melalui internet, blog, artikel dan sebagainya.
-Pengajaran juga membosankan kerana hanya menggunakan bahan bantu mengajar yang tidak menarik.
-Pengajaran juga hanya melibatkan sebilangan kecil pelajar yang aktif sahaja dan pelajar yang pasif tidak melibatkan diri sepenuhnya di dalam bilik darjah.

Bahasa Melayu - Sofia

i. Guru lebih berpusatkan bahan dan lebih memberi perhatian terhadap tajuk yang ingin diajar
berbanding kemahiran lain seperti kemahiran komunikasi.
ii. Teknik penerangan/kuliah menjadikan pengajaran sebagai berpusatkan guru.
iii. Penyebatian KBKK tidak dilaksanakan dalam P&P dan penglibatan pelajar adalah kurang.
Perdagangan - Kala

i. Pelajar berasa bosan dan mula tidak memberi perhatian pada proses P&P contohnya kaedah syarahan akan merendahkan semangat pelajar untuk belajar.
ii. Tiada interaksi antara pelajar dalam bilik darjah menyebabkan berlaku jurang antara pelajar yang biasanya terdiri daripada pelbagai jenis bangsa.
iii. Guru akan sukar untuk mengawal kelas

Aktiviti 6: Tugasan 4 – KT mini

Aktiviti 6: Tugasan 4 – KT mini


1.Pengalaman / refleksi secara individu

sains - hasmee

i.Pembelajaran berpusatkan bahan. Guru menggunakan artikel dari majalah sains untuk menambah kandungan topik yang diajar.

ii.Pembelajaran secara eksperimen dan berpusatkan pelajar. Dimana, guru meminta pelajar membuat eksperimen dan mencari hipotesis berdasarkan keputusan dan hasil eksperimen yang dijalankan.

Kekuatan.
- Memberi peluang kepada pelajar untuk lebih kreatif dan berusaha mendapatkan ilmu.
- Pelajar mendapat pengalaman melalui eksperimen yang dilakukan sendiri dan lebih mudah untuk memahami topik yang diajar.
- Pembelajaran di dalam kelas juga menjadi lebih menarik dan melibatkan penglibatan menyeluruh dikalangan pelajar.

Bahasa Melayu - Sofia
i. Guru menyediakan laihan bagi menggalakkan pelajar menjana idea terutamanya di dalam
penulisan.

ii. Guru menggunakan teknik penerangan/kuliah bagi menerangkan format atau sesuatu
tajuk.

iii. Guru menggalakkan pelajar mengemukakan pandangan dan idea secara individu melalui
penulisan.

Saturday, November 21, 2009

Aktiviti 9: tugasan 4 KT mini

Tajuk KT mini:
Penggunaan permainan interaktif di dalam pengajaran perdagangan, bahasa melayu dan sains untuk meningkatkan kemahiran mengingat dan perbendaharaan kata di kalangan pelajar.

Matlamat kajian tindakan
Meningkatkan kemahiran mengingat dan perbendaharaan kata di kalangan pelajar.

Objektif kajian:
Menilai tahap pemahaman dan penguasaan pelajar di dalam subjek perdagangan, bahasa melayu dan sains.

Persoalan kajian:
-Bagaimanakah kaedah ini dijalankan di dalam proses pembelajaran dan pembelajaran di dalam bilik darjah?

-Adakah permainan interaktif dapat memperkembangkan tahap mengingat dan perbendaharaan kata di kalangan pelajar?

-Adakah kaedah ini dapat membantu meningkatkan prestasi pelajar di dalam subjek perdagangan, bahasa melayu dan sains ?

Aktiviti 6,7 & 8: tugasan 4 KT mini

Tajuk KT mini:
Penggunaan permainan interaktif di dalam P&P di bilik darjah.

Kekuatan:
-Menarik minat dan dapat mengurangkan kebosanan pelajar di dalam kelas.
-Meningkatkan kreativiti guru dalam mempelbagaikan teknik pengajaran da pembelajaran di dalam kelas.
-Penglibatan pelajar adalah secara menyeluruh di dalam proses P&P.


Kelemahan
-Mengambil masa yang panjang.
-Memerlukan peralatan ICT di dalam kelas.
-Pelajar yang ramai.


Cadangan untuk penambahbaikkan.
-Guru perlu merancang masa dengan baik.
-Membahagikan pelajar di dalam kumpulan untuk membolehkan penglibatkan keseluruhan.

Saturday, November 7, 2009

AKTIVITI 2:TUGASAN 2-JURNAL

TAJUK JOURNAL:
Using Action Research to Improve Teaching and Student Learning in College.


By:
C Dianne Raubenheimer andJennifer L. Myka

Pengkaji menjalankan kajian ke atas pelajar kolej bagi subjek zoologi bagi pengajaran di dalam makmal. Kaedah yang digunakan adalah berpusatkan pelajar. Di mana, pelajar membuat eksperimen berkenaan topik yang di ajar dan belajar melalui pengalaman melakukan eksperimen sendiri.
Pengkaji telah mengenalpasti bahawa, pembelajaran berasaskan pengalaman sendiri oleh pelajar adalah lebih bermakna dan pelajar lebih memahami topik yang di ajar dan dapat mencapai aras tinggi dalam taksonomi blomm iaitu membuat sintesis dan aplikasi berbanding hanya aras pengetahuan sahaja sebelum ini.



TAJUK JOURNAL
Intermediate Students' Experiences with an Arts-Based Unit: An Action Research

BY:Peter Gamwell


Kajian tentang penggunaan seni dalam pengajaran bahasa dan sastera di dalam pengajaran dan pembelajaran. Matlamat utama pengkaji adalah untuk meningkatkan penglibatan dan tahap penguasaan pelajar di dalam subjek tersebut. Pengkaji menjalankan kajian ke atas 26 orang pelajar di Newfoundland. Kaedah yang digunakan adalah melalui pengajaran bahasa secara drama,lakonan dan seni.Pengumpulan data adalah melibatkan temuramah, pengamatan dan pemerhatian guru, reflektif journal dan audio. Keputusan menunjukkan pembelajaran melalui seni menjadikan pelajar lebih aktif dan kreatif dalam membina pembelajaran mereka.

AKTIVITI 1- TUGASAN I: BUKU

Apa yang dimaksudkan dengan kajian tindakan?


Kajian tindakan adalah satu pendekatan untuk memperbaiki atau meningkatkan pendidikan melalui perubahan yang menggalakkan guru-guru menjadi lebih sedar, kritis dan bersedia untuk mengubah amalan-amalannya.

Kajian tindakan juga sebagai satu kajian terhadap persekitaran sekolah yang melibatkan warga sekolah itu sendiri sebagai penyelidik dengan niat untuk memperbaiki kualiti amalan masing-masing.

Kajian tindakan merupakan cabang daripada bidang umum yang digelar “penyelidikan pendidikan”. Penyelidikan pendidikan boleh dibahagikan kepada dua jenis utama, iaitu:

i. Penyelidikan asas (basic research)
- Penyelidikan asas bertujuan untuk memperoleh data empirik yang boleh digunakan untuk menghasilkan atau mengembangkan teori. penyelidikan asas merangkumi proses mengenal pasti masalah, meninjau pemboleh ubah melalui tinjauan literatur, menghasilkan hipotesis jika perlu, mewujudkan reka bentuk penyelidikan bagi meninjau masalah, memungut dan analisis data, dan menghasilkan kesimpulan berdasarkan perhubungan pemboleh ubah.

ii. Penyelidikan gunaan (applied research)
- Penyelidikan gunaan bertujuan untuk menyelesaikan sesuatu masalah amalan yang dihadapi oleh guru. Dalam konteks di Malaysia, penyelidikan gunaan digelar sebagai kajian tindakan (action research). Masalah kajian tindakan ini boleh wujud dalam konteks bilik darjah ataupun dalam konteks persekitaran sekolah atau komuniti.

Klasifikasi Baru Kajian Tindakan

Menurut pendekatan konvensional, kajian tindakan hanya dijalankan dalam konteks bilik darjah sahaja. Ini tidak begitu tepat dalam konteks sekarang. Pada masa kini, takrifan kajian lebih luas dan merangkumi komuniti pendidikan ataupun komuniti yang ada hubungan dengan pendidikan atau sekolah. Kini, kejayaan sesuatu usaha pendidikan bukankan seolah-olah peranan satu pihak dan memang bukanlah hanya peranan guru yang menjamin kejayaan pelajar, bahkan lain-lain pihak yang berkepentingan juga memainkan peranan dalam kejayaan pelajar.

Di antara pihak berkepentingan atau aspek-aspek yang mempengaruhi kejayaan pelajar adalah guru besar/pengetua sekolah, ibu bapa, komuniti di mana terletaknya sekolah, kemudahan yang sedia ada di sekolah, tuisyen, kelayakan guru dan sebagainya. Kejayaan sesuatu sekolah bukan lagi disebabkan sebab faktor guru dan pelajar seolah-olahnya tetapi gabungan faktor-faktor lain yang sama-sama memberi sumbangan terhadapnya.